Video Lucah Fazura Tersebar
Dalam kecoh-kecoh media mengeluarkan
update mengenai
perselisihan faham yang berlaku antara pelakon cantik ini dengan bekas
sahabat baiknya, Sara Ali, timbul pula isu mengenai kontroversi video
lucah Fazura.
Malah, khabarnya video lucah wanita mirip Fazura yang berdurasi
selama seminit itu telah mula disebarkan di laman sesawang dan turut
dihantar kepada wartawan
Harian Metro.
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah.
Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk
mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan.”
Fazura juga dikatakan telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung dengan perkara ini.
Secara kesimpulannya isu ini secara tidak langsung boleh dikatakan jalan
mudah bagi percubaan merosakkan reputasi dan nama baik selebriti yang
terkait dalam video yang menjadi punca keruntuhan moral itu.
Penceramah Tersohor Negara, ustaz Azhar Idrus juga tidak terkecuali turut menjadi mangsa jenayah siber ini,
dan kini juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014, Fazura atau Nur Fazura
Sharifuddin ,31 kini turut berdepan dengan situasi yang sama.
Bukan kali pertama dilanda berita sebegini, Fazura bertindak lebih bijak
dengan menyusun langkah menangani penyebaran video palsu dibantu
sistem perundangan negara melalui peguam peribadinya.
Ketika dihubungi, Fazura yang merupakan penghias kulit majalah ELLE
Malaysia edisi Januari 2015 telah menghantarkan kenyataan akhbar rasmi
dan buat masa ini aktres jelita itu tidak boleh mengulas lanjut.
“Kenyataan akhbar ini adalah untuk menjelaskan bahawa saya telah
menerima panggilan telefon dari seorang rakan wartawan akhbar Harian
Metro bahawa seorang penghantar email yang menggunakan alamat email
berikut xxxxxxxxx@yahoo.com ingin menyebarkan sedutan video lucah dan
cuba mengaitkan video itu dengan saya.
“Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana video lucah dan
dengan yang demikian saya telah membuat satu laporan polis pada minggu
lalu untuk membolehkan pihak polis dan SKMM membuat siasatan lanjut bagi
mendapatkan maklumat terperinci tentang penghantar email tersebut.
“Saya telah pun mendapatkan nasihat daripada peguam saya dan akan
mengambil tindakan selanjutnya terhadap penghantar email tersebut diatas
perbuatannya itu,”tutur Fazura yang dihubungi untuk mendapatkan info
terkini mengenai perkara ini.
Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tanpa
identiti sah kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu.
Khabarnya video tersebut memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan
mirip Fazura bersama seorang lelaki.
Ketika awal kemunculannya dahulu pun dia pernah dikaitkan memiliki video
lucah dan perkara tersebut akhirnya dilupakan begitu sahaja.
Kini isu sensitif seperti ini kembali muncul ketika selebriti pujaan
ramai ini giat membina semula kariernya dengan pelbagai kejayaan yang
diraih Fazura.