6 Gambar Fesyen Separuh Bogel Selebriti Wanita Di AMW Di Kecam
Fesyen amat penting di dalam satu-satu Anugerah yang di hadiri
bintang-bintang dan selebriti popular dunia, namun kadangkala ada yang
mengaibkan diri mereka yang konon nya apa yang di gaya kan mereka di
katakan kelihatan menarik.
Bukan semua selebriti bijak bergaya, kalau tak kena caranya memang akan jadi mangsa fesyenlah jawabnya.
Terbaharu, seorang lagi artis masuk dalam list berpakaian paling buruk lagi jelik dalam sejarah selebriti menghadiri anugerah.
Ketika menghadiri Anugerah American Music Awards semalam, penyanyi
kelahiran Albania, Bleona Qereti, telah tampil dengan persalinan jaring
jarang yang mendedahkan keseluruhan tubuh badannya.



Dikatakan, Bleona berkemungkinan besar bercita-cita mahu meniru pakaian
kontroversi yang pernah digayakan pelakon Rose McGowan ketika menghadiri
anugerah MTV Video Music Awards pada tahun 1998.
Selain itu, dia mungkin mendapat inspirasi daripada gaya hampir serupa
Rihanna ketika menghadiri Anugerah Fesyen CFDA di New York, 2 Jun lalu
yang dinobatkan oleh pengkritik fesyen sebagai persalinan selebriti
terbaik di red karpet pada majlis tersebut.
Masalahnya, persalinan jarang itu kelihatan begitu elegan dan kelas
dikenakan oleh Rihanna tetapi apa yang dipakai oleh Bleona semalam lebih
kepada murahan.