[Gambar -18 SX] Kemaluan Isteri Curang Melekat pada Kemaluan Kekasihnya (Benar-benar Berlaku)
Kita sering membaca atau mendengar cerita kemaluan isteri curang yang
berzina dengan lelaki lain melekat dengan kemaluan kekasihnya. Walaupun
kerap kali diceritakan, namun tiada gambar atau video yang membuktikan
kebenaran cerita seumpama itu. Oleh sebab itu, banyak pasangan cinta
terlarang mengambil sikap endah tidak endah terhadap kebenaran kejadian
kemaluan melekat gara-gara berzina atau curang.
Namun, kejadian kemaluan isteri curang melekat dengan kemaluan
kekasihnya di Kenya membuktikan perkara itu boleh berlaku. Yang
menariknya, kejadian yang amat mengaibkan itu berjaya dirakam. Yang
malangnya, video kejadian itu tersebar dan kini boleh ditonton satu
dunia di Youtube.
Berdasarkan keterangan video dan beberapa laman sesawang, kejadian ini
berlaku di Nairobi, Kenya. Hal itu bermula apabila suami wanita itu
mengesyaki isterinya bermain kayu tiga. Sebagai akibatnya, dia meminta
seseorang mengenakan sihir agar kemaluan isteri dan kekasihnya itu
melekat jika mereka melakukan seks.
Telahan si suami tepat apabila kemaluan isterinya melekat dan tidak boleh dipisahkan dari kemaluan kekasihnya. Walaupun pihak polis cuba membantu, namun kemaluan kedua-duanya pasangan kekasih itu tetap melekat dan tidak boleh dipisahkan.
Telahan si suami tepat apabila kemaluan isterinya melekat dan tidak boleh dipisahkan dari kemaluan kekasihnya. Walaupun pihak polis cuba membantu, namun kemaluan kedua-duanya pasangan kekasih itu tetap melekat dan tidak boleh dipisahkan.
![]() |
Si suami |
![]() |
Polis cuba memujuk suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya. |
Pihak polis memujuk si suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya, namun dia enggan berbuat demikian. Hanya setelah teman lelaki isterinya itu berjanji akan membayar pampasan sebanyak Shilling Kenya 20,000 (lebih kurang RM716) barulah si suami bersetuju memanggil seorang pastor dan tidak lama selepas itu kemaluan pasangan kekasih gelap tadi berjaya dipisahkan.
![]() |
Selepas dipisahkan. |
Pada akhir video, kelihatan lelaki yang berzina dengan isteri orang itu menuju ke ATM untuk mengeluarkan wang. -DCM
*Saya tidak mahu menyiarkan video kejadian itu di sini. Kalau mahu menontonnya, sila buat carian di Youtube.
P/s: Pelajaran yang amat berguna kepada sesiapa yang gemar berzina atau
curang kepada pasangan masing-masing. Ingat, kejadian ini bisa sahaja
berlaku dengan kehendak Allah SWT. Jika kejadian seumpama ini boleh
berlaku dengan jampi serapah, maka bayangkan kuasa Allah untuk mengajar
orang melanggar hukum agama dan hukum alam.