Dua Remaja Dirogol Bergilir-gilir Kemudian Digantung
Lucknow: Polis semalam menahan tiga lelaki yang didakwa merogol dan menggantung dua gadis adik-beradik berusia belasan tahun pada pokok di utara India.

Superintendan Atul Saxena berkata, dua daripada suspek itu anggota polis.
Penduduk kampung menemui mayat kedua-dua mangsa tergantung pada pokok
pagi kelmarin selepas dilapor hilang dari rumah mereka di Kampung Katra,
Uttar Pradesh.
Bedah siasat menunjukkan mereka dirogol dan dicekik hingga mati sebelum digantung.
India mengetatkan undang-undang antirogol tahun lalu selepas bantahan
seluruh negara berhubung jenayah itu yang semakin menjadi-jadi di
seluruh negara.
Rekod menunjukkan kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di seluruh India.
Bagaimanapun, aktivis berkata, jumlah itu rendah kerana ramai mangsa keberatan untuk membuat laporan. - Agensi/30/5/14