Kambing Jadi Pemuas Nafsu
Nairobi: Seekor
kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di
mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.

Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.
Dalam
keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang
wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari
rezeki.
Justeru,
katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya
mendera kambing. Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan
rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku
salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing yang menjadi
mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa
kes.
Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.
Saksi yang juga
jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil
dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.
Apabila dia
menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel
dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.
Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan
pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan
yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. - Agensi