Lelaki Ditahan Lakukan Seks dengan Pelampung Rakit
[HM] Hamilton: Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa melakukan seks dengan pelampung rakit di tepi jalan raya.
Ini kali keempat dia ditahan atas kesalahan serupa.
Menurut sumber, pada 2011, Edwin Tobergta, 35 pernah ditahan kerana
menanggalkan seluar dan melakukan seks dengan pelampung rakit berwarna
merah jambu milik jirannya.
“Dia dipenjara tetapi kemudian ditahan sekali lagi pada 2013 kerana melakukan seks dengan rakit sama,” katanya.
Kejadian 2013 itu berlaku di rumah Tobergta tetapi dia dituduh dan
mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat
terbuka yang boleh disaksikan kanak-kanak.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kesalahan terbaru Tobergta membabitkan rakit yang sama.
Sementara itu, pada 2002, Tobergta ditahan kerana melampiaskan nafsunya dengan ‘permainan labu angin’ di depan khalayak ramai.
Walaupun ia bukan permainan kolam, namun Tobergta pandai mencari kepelbagaian cita rasanya.
Dalam satu gambar terbarunya, Tobergta memakai kemeja-T yang bertulis,
“Saya tidak waras. Sila tinggalkan pesanan.” - Agensi/13/6/14