Lelaki Dirotan Isteri Kerana Enggan Lakukan Seks
![]() |
Sekadar hiasan. |
Seorang wanita dari Klang bertukar ganas dan bertindak merotan suaminya
apabila lelaki itu enggan memenuhi keperluan seksualnya, lapor China
Press. Bukan itu sahaja, menurut laporan, wanita itu mahu kehendak
seksnya dipenuhi setiap!
Wanita itu juga memaksa suaminya minum produk afrodisiak untuk
meningkatkan prestasi seksual supaya dia dapat memenuhi permintaan
seksualnya.
Lelaki yang telah berkahwin dengan wanita itu sejak dua tahun lalu
dilaporkan bercadang untuk membuat laporan polis beberapa kali, namun
tidak berbuat demikian kerana menyayangi isterinya.
Dia mengubah pendirian apabila mendapati penderaan itu masih berterusan
dan tidak mampu menanggungnya lagi. Dia membuat keputusan untuk
mendapatkan bantuan daripada pengasas Komuniti Kepolisan Selangor, Kuan
Chee Heng.
Lelaki itu menunjukkan parut di kaki dan di punggungnya. Kuan
bagaimanapun mengakui beliau tidak mempunyai kemahiran untuk
mengendalikan kes sedemikian. - DCM/The Star/ANN/14/6/14