Lelaki Tunjuk KEMALUAN Dibelasah hingga Mati, 7 Ditahan
SERDANG: Polis menahan tujuh lelaki
berusia lingkungan 20 dan 30 tahun kerana dipercayai membelasah sehingga
mati seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang
wanita di Seksyen 17, Shah Alam semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata dalam kejadian 2 pagi
itu, mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan
kemaluannya kepada wanita berusia 20-an tersebut yang kemudian menjerit
meminta tolong.
"Polis masih menyiasat kes ini, namun setakat ini tiada motif lain dikenal pasti selain faktor orang awam naik berang terhadap mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini hari ini.
"Mangsa dipukul setelah kedua-dua tangannya diikat dan ketika polis sampai di lokasi kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri," kata Abdul Samah.
Beliau tidak menolak kemungkinan masih ada lagi individu yang terlibat dalam kes itu.
Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang senjata ditemui di lokasi
kejadian dan kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai penduduk di
kawasan itu.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat,
katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh. - 2/6/14