Kuil Puja Kemaluan Zakar Lelaki
Sebuah tempat
suci yang diwujudkan oleh masyarakat Jepun untuk memuja kemaluan lelaki.
Dipercayai tempat ini mampu untuk memberikan kesan positif kepada
pelawat lelaki yang menyembah @ melakukan ritual untuk memohon sesuatu
kepada dewa zakar.
Kuil yang
dinamakan sebagai Yuge Shrine Wilayah Kumamoto di pulau selatan
Kyushu..Sebaik sahaja tiba di kuil itu, pengunjung perlu untuk
membersihkan diri sebelum dibenarkan untuk memberi penghormatan anda
kepada dewa zakar.
Pengunjung
dikehendaki membasuh tangan dan mulut dengan air sebagai untuk
membersihkan diri sendiri, badan dan jiwa yang dipanggil cho-zuba (手 水
场) di mana pengunjung akan menemui lembangan air untuk menyucikan diri
sebelum menghadap dewa kuil.
Selesai upacara
membersihkan diri, pengunjung kini bersedia untuk memberi penghormatan
kepada dewa kuil - (zakar kayu yang besar)..Ritual dilakukan dengan
bergerak di seluruh zakar dari belakang ke hadapan selain dengan
perlahan-lahan membelai zakar besar tersebut untuk memohon sesuatu..
Terdapat juga
sebuah kayu besar yang lain pula berbentuk kemaluan lelaki yang
mempunyai banyak kepingan kertas yang diselitkan di situ..Dipanggil
sebagai (Omikuji), dipercayai pengunjung mampu untuk meramal masa depan
mereka di sini..
Di satu sudut
pula terdapat plak kayu bewarna-warni yang digantung oleh seseorang
(lazimnya plak sebegini mudah ditemui di sekitar kuil di Jepun)..Plak
yang dinamakan Ema (ema board) ini harus dibeli sebelum pengunjung boleh
menuliskan hajat yang mahukan di atas plak ini sebelum digantung
dikawasan yang telah ditetapkan. Plak ini bertujuan untuk meminta dewa
kuil supaya memakbulkan hasrat mereka..
Penyembah-penyembah
dewa zakar ini turut mempercayai bahawa ini adalah sebuah tempat ibadat
di mana orang ramai datang berdoa untuk mendapatkan perkahwinan yang
bahagia, mendapat ramai anak, sihat selain meningkatkan kesuburan serta
mampu untuk memberi kekuatan tambahan kepada zakar lelaki (pemuja).